Wednesday, February 23, 2011

Macam Good2 je kannnn....

Firman Allah bermaksud,
" Adakah patut kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan dan kamu lupa dirimu sendiri, sedangkan kamu membaca kitab. Tidakkah kamu memikirkan ?".
Surah al.Baqarah (44)


Merujuk kepada pepatah, " Kata dulang paku serpih, Kata orang kita yang lebih,". Kata-kata ini mengingatkan diri kita supaya tidak terlanjur bila membicarakan sesuatu atau memberi teguran kerana ianya membawa maksud seseorang yang suka mendedahkan atau melarang seseorang daripada melakukan keburukan sedangkan dirinya sendiri berkelakuan serupa atau lebih buruk lagi. 

Bak kata pepatah lagi, kokok berderai-derai, punggung bergelumang najis. Berlagak memimpin dan membantu orang lain tetapi diri sendiri dipenuhi dengan keburukan dan kelemahan atau lebih teruk lagi. Adakah pada masa sekarang perkara seperti ini masih berlaku dalam masyarakat kita atau keadaannya semakin teruk. Di mana silapnya??

Pendek cerita, xyah lah nk hitung n anggar DOSA PAHALA orang len sbb blm tentu bnda yg dirasa betul itu membolehkan kamu mendapat PAHALA n blum tentu lg bnda yg dirasa salah pada orang lain itu membolehkannya mendapat DOSA.


 RENUNGKAN2 & SELAMAT BERMUHASABAH DIRI....


No comments:

Post a Comment